Anda boring????xtau nk wtpew????
jgn bimbang......marianihasan sedia mghulurkan bantuan untk mengisi mase lapang anda yg terbuang begitu saje.
caranye senang sekali:
1)melayari blog ini-marianihasan
2) lau dh buke blog 2,pndai2 r gerakkan tgn anda
3) pas2, pandai2 r bg komen
4)bg r komen yg bernas skit,jgn r dk merapu
AKTIVITI DAN FUNGSI SURAU SEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH.
Surau sekolah mempunyai peranan yang besar dalam mencapai matlamat pendidikan Islamuntk melahirkan muslim yang berilmu,beremal soleh dan berkeperibadian mulia.Ianya merupakan medium pengukuhan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan penghayatan islam dikalangan para pelajar.
Namun begitu terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dan ianya memerlukan sokongan dan penglibatan semua pihak termasuk ibubapa dalam merealisasikan agenda ini.
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/abhalimUKMkk.pdf
Selamat Datang ke Laman Nur Kasih
14 tahun yang lalu
Surau, walaupun ia boleh diertikan sebagai tempat yang kecil untuk beribadat berbanding dengan masjid. Namun ia mempunyai fungsi yang besar di sekolah kerana tempat itulah yang mampu mendidik rohani pelajar menjadi insan yang mulia dan digeruni. Sekiranya digunakan untuk cara yang sepatutnya, ia mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek.
BalasPadamSurau mempunyai peranan yang besar dalam industri pendidikan,justeru itu semua pihak harus menggembleng tenaga bagi memastikan fungsi surau dapat dimanfaatkan bukan sahaja di sekolah rendah, malah di sekolah menengah juga perlu diberi penumpuan. Selain menjadi tempat sembahyang,surau juga merupakan tempat bagi memenuhi keperluan rohani, penghayatan serta amali bagi pelajaran Pendidikan Islam KBSM. Oleh itu, Kementerian Pelajaran seharusnya memberikan peruntukan khusus bagi membina surau dan musolla sekolah yang lengkap dengan prasarana-prasarana bagi kemudahan para pelajar menimba ilmu agama. Sekiranya ilmu agama dipraktikkan, gejala sosial muda-mudi dapat dibendung.
BalasPadamSalam....
BalasPadamFungsi surau memang tidak dapat dinafikan
kerana sejarah telah melakarkan bahawa Nabi kita Muhd saw. telah melakukan segala aktiviti di dalam masjid.Disamping pelajar mendapat ilmu pengetahuan,pelajar juga akan mendapat kelebihan dan keberkatan masjid atau surau.